Sabtu, 15 Oktober 2011

blog lelaki berbunga.....


Di suatu petang Amit dan Man ke perpustakaan merancang untuk belajar bersama, sambil itu mereka sempat bercakap-cakap tentang blog mereka. 

Amit : Asalamulaikum bro, tak jawab salam tumbuh ketumbit nanti. Apa kau buat? Updateblog?. 

Man : Walaikumsalam, amboi-amboi ketumbit, takda benda lain, bisul ke? canggih sikit! Ya, aku update bloglah nie. 

Amit : Mari aku tengok blog kau. Alamak berbunganya kalah budak perempuan, nak muntah aku tengok. 

Man : Eh’eh, mulut jaga sikit, tak karang aku bagi kau penampar jepun. Ok apa berbunga, tak ada salah pun. Inilah minda lelaki sekarang ni, cakap main lepas je. Cubalah bertapis sikit. 

Amit : Sebenarnya aku benci tengok blog jantan berbunga ni, macamlah kaum perempuan. Nak berbunga-bunga. GELILAH AKU tengok. 

Man : Aik Mit, mulut tu jaga sikit. Terluka tahu hati dan perasaan aku kau cakap macam tu. Kau buat aku lemah semangat nak berblogging ni. 

Amit : Ala Man, baru gurau senda sedikit, nak merajuk. Lagilah aku naik geli. Mari Man tengok blog aku pula. 

Man : Mak oi, berbunganya ada pula kaler pinknya. Amit amit... 

Man dan Amit tergelak besar... 

Pesan Mil : 

Khamis, 13 Oktober 2011

MaKnA rInDu..................






Makna rindu,
Bila terkenang,
Teringat wajahnya,

Makna rindu,
Bila tersenyum,
Teringat gelaknya,

Bila bertemu,
Segan menyatu,
Ingin memberitahu,

Tetapi malu,
Hati kaku,
Akan ragu-ragu,

Bila berjauh,
Terbayang selalu,
Bermimpi syahdu,

Naluri gelisah,
Jiwa bertanya,
teringat dia,

Kata hati,
Biarkan ia,
Hanya sementara,

Kata hati,
Naluri manusia,
Rindu maknanya..

bila dia tiada....


Bila dia tiada,
Ruang sepi di hati,
Rindu bercerita,
Ke mana menghilang,

Diri selalu tertanya,
Bila ku cari dia,
Berdebar hati,
Ingin menatapnya selalu,

Hati
Selalu berkata
I love you,
Tapi
Mulut
Terkata
Bila lagi ke temu,
Mengapa?

Dari bibir ke matanya,
Ku bahagia
Melihatnya,
Dari ucap kata-katanya,
Ku setia
Menulisnya,
 
Bila dia tiada,
Ruang sepi di hati,
Naluri tertanya lagi,
Rindu perasaan menjawab,
Dia akan menjelma
Bila waktunya tiba..

TeMaN sEJaTy......


Teman,
nama yang sukar,
kau temukan pada satu kenyataan,
tanpa memandang kerendahan,
makna ketinggian bukan,
erti dia menemanimu,

Walau duduk berjauhan,
namun bisik rindunya,
bak membalas setiap,
warkah darimu,

Dia selalu bertanya akan dikau,
setia mendengar akan bicara sedihmu,
menyembunyikan tangisnya,

di kala air mata membasahi pipi,

Dia cuba melakar senyum,
pada potret wajahnya,
penuh riang,
walau dalam hati kecil,
sebak melihat temannya
berduka,
 
Mungkin kau tidak sedar,
dia setia disisi,
di kala kau jatuh dan hilang asa,
 
Mungkin kau tidak sedar,
sujudnya bersama butiran air mata,
sehabis doa panjang,
yang padanya terselit nama temanku,

Mungkin jua kau tidak sedar,
dia temanmu, 
teman sejatimu...